Menu

JAWATAN KOSONG: PEKERJA PENYELENGARAAN

Published Date : 08-May-2023

Jawatan: PEKERJA PENYELENGARAAN
Gaji Asas: RM1500 – RM2,600


Tanggungjawab: -

Pekerja penyelenggaraan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan seperti pembaikan dan pembersihan asas kepada peralatan dan sistem bangunan agar dapat berfungsi dengan baik.

Tugas: -

  • Memastikan kerja penyelenggaraan berjalan lancar (Mengecat dinding dan lantai,masalah perpaipan dan sanitari);
  • melakukan pembaikan kecil seperti membaiki kunci yang rosak,kerosakan jubin, membaiki rekahan pada dinding bangunan dan lain-lain.
  • Memeriksa panel kawalan dan pendawaian elektrik seperti memasang /menukar peralatan/membuat penyelenggaraan (lampu, soket,pendingin hawa atau membaik pulih peralatan elektrik dan lain-lain).
  • Memeriksa fungsi sistem keselamatan (seperti alat penggera kebakaran dan pemadam api).
  • Melakukan pemeliharaan taman / halaman dengan memotong rumput mengutip sampah dan lain-lain.
  • Sentiasa menjalankan kerja dengan professional dan berorientasikan aktiviti 5S (sisih,susun, sapu, seragam dan sentiasa amal).

Kelayakan: -

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki Diploma /SPM / PWT Level 2 / SKM Level 1-3 atau apa-apa kelayakan berkaitan.
  • Boleh membaca dan menulis. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
  • Boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang dinamik, komited dan proaktif.
  • Boleh bekerja lebih masa dan boleh bekerja sendiri dalam pengawasan yang minimum.
  • Sihat secara mental dan fizikal dan boleh bekerja di luar atau di dalam kawasan mengikut keperluan syarikat.
  • Mempunyai keupayaan untuk bekerja dalam pasukan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

Manfaat: -

  • Layak untuk mendapat cuti tahunan, cuti sakit, manfaat perubatan dan tuntutan kerja lebih masa.

Pemohon hendaklah mengemukakan resume beserta jangkaan gaji, gambar berukuran passport dan butiran yang boleh dihubungi ke alamat berikut sebelum 22 Mei 2023.

Unit Sumber Manusia
Sekolah Antarabangsa Labuan
Lot 11334, Kampung Tanjung Aru,
Jalan Tanjung Aru,
87008, Wilayah Persekutuan Labuan,
Malaysia                                                                                             
Email: [email protected]         Tel: 087-597313 (Pn. Hajijah Yahya)

Advertisement For Maintenance Staff 2023_edited (1)

Content

Content