Menu

NO. TENDER: PESB.200-21/TENDER/2001-4

Published Date : 29-Sep-2021

PRISTINE ERA SDN BHD
KENYATAAN SEBUT HARGA
NO. TENDER: PESB.200-21/TENDER/2001-4
TARIKH DIIKLANKAN: 29 SEPTEMBER 2021
 
1.       Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)   berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kelas ‘F’ atau Gred G1 Kategori B04 dan pengkhususan B24bagi sebut harga berikut:
 
“KERJA-KERJA MENAIK TARAF BILIK REHAT PELAJAR (STUDENT LOUNGE), BILIK SEMINAR & SURAU DI SEKOLAH ANTARABANGSA LABUAN, W.P LABUAN” 


2.        Kontraktor yang berminat hendaklah mempunyai SIJIL/BERDAFTAR yang masih sah laku tempohnya dengan:
                  i.         Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB dan SPKK)
                 ii.         Suruhanjaya Syarikat Malaysia
                iii.         Perbadanan Labuan
 
3.       Sesi lawatan tapak dan taklimat akan diadakan pada 7 OKTOBER 2021 (10.00 pagi) bertempat di Bilik Mesyuarat Victoria Sekolah Antarabangsa Labuan. Borang serta dokumen lain yang berkaitan akan diedarkan semasa sesi lawatan tapak. Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Kegagalan menghadiri sesi tersebut akan menyebabkan tawaran sebut harganya tidak akan dipertimbangkan.
 
4.       Hanya penama dalam SPKK dan CIDB sahaja yang boleh menghadiri taklimat /lawatan tapak sebutharga;
 
5.       Kontraktor/Syarikat yang mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam sijil perlu membawa surat kebenaran daripada syarikat atau penama sijil.Sila bawa bersama sijil asal dan pengenalan diri semasa menghadiri taklimat / lawatan tapak.
 
6.       Dokumen sebut harga yang lengkap hendaklah, dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di Pejabat Pentadbiran Sekolah Antarabangsa Labuan (SAL) tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 21 OKTOBER 2021. Sebut harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Pihak PESB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana sebut harga yang dikemukakan melalui pos.
 
7.       PESB tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau sebarang sebut harga. Semua perbelanjaan bersabit dengan sebut harga ini adalah tanggungjawab kontraktor sendiri. 
 
8.       Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Fasiliti di talian 087- 597 325 / 087- 597 324.
 
 
Pristine Era Sdn Bhd
Lot 11344, Kampung Tanjung Aru,
Jalan Tanjung Aru,
87008, Federal Territory of Labuan
Tel       : 087-597 300/ 087-597 325/ 087-597 324
Fax      : 087-415 645
2001-4

 

 

Content

Content