Menu

KERJA-KERJA MENAIK TARAF BILIK KOMPUTER DI SEKOLAH ANTARABANGSA LABUAN, W.P LABUAN

Published Date : 08-Dec-2020

                                                                       KENYATAAN SEBUTHARGA

NO. TENDER: PESB/LIS/2020-T0003
TARIKH DIIKLANKAN: 8 DISEMBER 2020

1. Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred G1 Kategori B dan
pengkhususan B24 bagi sebut harga berikut:

“KERJA-KERJA MENAIK TARAF BILIK KOMPUTER DI SEKOLAH ANTARABANGSA LABUAN, W.P LABUAN”

2. Kontraktor yang berminat hendaklah mempunyai SIJIL/BERDAFTAR yang masih sah laku tempohnya dengan:

              i. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB dan SPKK)
             ii. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
            iii. Perbadanan Labuan

3. Satu sesi lawatan tapak dan taklimat akan diadakan pada 21 DISEMBER 2020 3.00 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat Victoria Sekolah Antarabangsa Labuan. Borang-borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan akan diedarkan semasa sesi lawatan tapak. Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Kegagalan menghadiri sesi tersebut akan menyebabkan tawaran sebut harganya tidak akan dipertimbangkan.

4. Hanya penama dalam SPKK dan CIDB sahaja yang boleh menghadiri taklimat /lawatan tapak sebutharga. Kontraktor/ syarikat tidak dibenarkan mewakilkan pegawai lain selain daripada penama di dalam sijil.Sila bawa bersama sijil asal dan pengenalan diri semasa menghadiri taklimat / lawatan tapak.

5. Dokumen sebut harga yang telah lengkap berserta satu salinan profil syarikat, salinan Penyata Kewangan terbaharu dan sijil-sijil berkaitan seperti di atas hendaklah sampai, direkodkan dan ditandatangani oleh pengusaha dan pegawai Pristine Era Sdn Bhd (PESB) serta dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di Pejabat Pentadbiran Sekolah Antarabangsa Labuan (SAL) tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 31 DISEMBER 2020. Sebut harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Pihak PESB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana sebut harga yang dikemukakan melalui pos.

6. PESB tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau sebarang sebut harga. Semua perbelanjaan bersabit dengan sebut harga ini adalah tanggungjawab kontraktor sendiri.

7. Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Fasiliti di talian 087-597325/087- 597 324.

______________________________________________________________________________________________________

Unit Pengurusan Fasiliti
Pristine Era Sdn Bhd
Lot 11334, Kampung Tanjung Aru, Jalan Tanjung Aru,
87008, Federal Territory of Labuan
Tel : 087-597 300
Fax : 087-415 645

Advertisement_ICTroom (1)

Content